Saturday, 17 December 2011

Cuti Sekolah

Apa yang menarik apabila memperkatakan mengenai cuti sekolah?sudah semestinya masa rehat yang sesuai untuk menikmatinya bersama anak-anak dan keluarga. luang masa sepanjang hari dan manafaatkan detik-detik berharga bersama  mereka.Apatah lagi sekiranya kita adalah ibu bapa yang bekerjaya, sudah pasti ini merupakan suatu peluang yang baik untuk kita melakukan aktiviti bersama keluarga. Contohnya bawa anak-anak makan angin ke destinasi menarik yang ada ,itupun  kalau kita ada budget lebih ,tapi apa salahkan kita berbelanja demi memberi kepuasan kepada mereka. Tapi sekiranya kita nak menjimatkan belanja melancong boleh saja bawa mereka ke tempat-tempat yang tak kurang menariknya di dalam negeri ,yang tidak melibatkan kos yang banyak atau pun paling tidak bawa mereka pergi berkelah sama ada di tepi sungai, air terjun atau pantai, berikan anak-anak  rasai pengalaman itu.
Cadangan sebegini nampak macam biasa je, tapi saya pernah bertanya dengan anak-anak murid tentang perkelahan ketika tu saya mengajar penulisan karangan, ramai dalam kalangan mereka tidak pernah melaluinya, sedihkan?ini bermakna mereka tidak pernah di bawa oleh ibu bapa berkelah padahal mereka rata-rata golongan berada mungkin alasan ibu bapa sibuk, aduhai ,365 hari sepanjang tahun !takkan tak sempat  nak bawa anak-anak pergi berkelah.Berikan pengalaman itu kepada mereka agar mereka 'feel' apabila menghasilkan penulisan.

No comments:

Post a Comment